Thursday 28 May 2015

SOALAN LAZIM


SOALAN LAZIM MENGENAI BISNES TOPUP!

Soal Jawab Agen/Dealer Topup
PENTING!! SILA BACA UNTUK FAHAMAN MENYELURUH


Di bawah adalah beberapa persoalan yang sering ditanya oleh setiap agen dan juga pelawat yang berminat untuk menyertai perniagaan topup reload ini. Anda di kehendaki membaca persoalan-persoalan yang sering ditanya di bahagian ini kerana kemungkinan soalan yang anda ingin tanya sudah ada jawapan di sini.

1. Bagaimana sistem dealer topup ini berfungsi ?
Ianya beroperasi secara sistem e-load iaitu dengan menghubungkan Handphone anda ke server reload kami. Sebagai contoh, ketika anda beli topup di kedai, anda perlu tulis nombor handphone anda di buku log untuk membolehkan penjual topup memasukkan topup ke handphone anda. Kini anda boleh melakukannya hanya menggunakan handphone anda

2. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai dealer topup ?
Bank in yuran terlebih dahulu, selepas itu saya akan dftarkan anda sebagai dealer topup..

3. Selepas membuat bayaran yuran dan didaftarkan , apa yg saya dapat ?
 Yuran pendaftaran untuk daftarkan simkad anda dan membolehkan anda menggunakan sistem e-load topup kami. Selepas mendaftar anda harus menambah modal untuk memulakan jualan,, Tambah modal berapa2 sahaja, minimum RM10.. Selepas modal habis sila tmbah modal semula.

4. Bagaimana cara pengiraan profit dilakukan dan bagaimana agen akan mendapat profit tersebut? Keuntungan berbeza mengikut pakej yang dipilih. Contoh untuk Pakej Dealer , Margin Keuntungan: Celcom 5.20%, Maxis 4.20%, Digi 4.20%, Tunetalk5.50%, U Mobile 5.50, XOX 5.50%..Anda mempunyai modal rm10.00. Anda menjual topup celcom rm10, syarikat akan potong Rm9.48 daripada modal anda. Baki dalam modal rm0.52 adalah keuntungan anda. CONTOH MODAL ANDA RM50..BAKI MASIH RM40.52

5. Adakah saya perlu menggunakan No. HP yang didaftarkan sahaja untuk melakukan jualan dan tambah modal?
Ya. Anda perlu menggunakan No. HP yang anda daftarkan sebagai dealer topup sahaja untuk menjual topup dan menambah modal.

6.  Berapa lama Akaun dealer baru akan aktif setelah melakukan deposit?
Akaun baru akan aktif dalam masa 1 jam sahaja. Anda akan menerima sms pengesahan dari server.

7. Saya telah menyertai dealer topup ini. Tetapi saya terlupa No ID saya. Bagaimanakah cara saya boleh mendapatkan semula no ID saya?
Login ke www.68topup.com/dealer & klik kat bahagian dealerinfo. Ataupun check balance, taip BAL send ke server, nanti server akan reply ur ID.

8. Kenapa saya tambah modal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dan tidak mendapat modal tersebut.
Sila ikut format tambah modal dengan betul seperti di bahagian cara tambah modal.

9. Adakah saya boleh menguruskan modal downline saya? 

Ya. Anda boleh menguruskan modal downline anda.

10. Adakah saya perlu membayar kepada mana-mana pihak untuk mendaftarkan Agen ? 

Tidak. Anda boleh simpan hasil yuran pendaftaran downline anda. Yuran tersebut hak anda 100%. Syarikat akan mengenakan RM10 untuk mendaftarkan dealer/agen dan selebihnya yuran yang anda tetapkan itu, hakmilik anda.

11. Adakah dealer yang berdaftar boleh menentukan yuran pendaftaran downline? 

Ya. Anda boleh menentukan yuran downline anda sendiri.

12. Adakah saya perlu mendaftarkan no HP yang berbeza untuk menjual produk yang berbeza?
Tidak perlu. Ini kerana, dengan satu pendaftaran no HP sahaja sudah membolehkan anda menjual semua produk yang ditawarkan kepada anda.

13. Adakah saya perlu maintain jualan secara bulanan atau tahunan ?
Tidak perlu.

14. yang biasa menyebabkan transaksi gagal?

Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:

? Prepaid Handphone anda habis. ? Modal kredit Topup anda habis. ? Pin anda sedang diblock? Pin anda salah. ? Kod produk salah. ? No. Tujuan tidak betul. ? Operator telefon atau operator sedang ada gangguan. ? Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no server. ? Kesalahan dalam mengirimkan ke no server.

15. Apakah deposit modal credit agen akan hangus dalam waktu tertentu?
Deposit modal kredit topup tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

16. Berapa lama deposit modal kredit topup akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in? J
Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 30 minit dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.

17. Berapa cas untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui sms ke No. Server?
1 sen ditolak dari kredit hp (sekiranya anda telah aktifkan 8pax(Celcom), Active5(Maxis),Friends and Family(DiGi)) dan 1 sen lagi dipotong dari modal topup anda. Cas sama dikenakan untuk setiap sms yang di hantar ke No. Server seperti cek Baki modal topup.

Keuntungan atas komisyen jualan downline anda.
Pendaftaran downline anda diibaratkan seperti anda membuka cawangan kedai topup anda. Setiap jualan downline anda, anda juga akan mendapat komisyen. Lebih ramai downline anda, lebih banyak cawangan kedai topup anda dan lebih banyak komisyen yang akan anda dapat.

Contoh pengiraan:
ANDA dapat : Celcom 5.00%, Maxis 3.40%, Digi 2.30% , Tunetalk, UMOBILE , Xox 4.5%
Anda DAFTAR DOWNLINE & anda setkan keuntungan,
DOWNLINE anda DAPAT: Celcom 3.00%, Maxis 2.50%, Digi 1.50%, Tunetalk, UMOBILE , Xox, 3%

Maksudnya anda akan UNTUNG COMMISSION JUMLAH JUALAN DOWNLINE ANDA sebanyak:
Celcom 2%, (5%-3%)
Maxis 0.9% (3.4%-2.5%)
Digi 0.8% (2.3%-1.5%)
Tunetalk, UMOBILE , Xox 1.5%(4.5%-3%)

CARA KIRA UNTUNG
Di bawah adalah senarai produk yang boleh di jual dengan profit yang anda akan dapat. contoh CELCOM : 5.00%
Cara pengiraan profit adalah Sebagai contoh anda mempunyai modal sebanyak RM100 dan anda menjual Top Up celcom RM10. Anda akan mendapat profit Rm0.50 kerana:
RM10 x 5.00% = RM0.50
Modal Asal = RM100
Modal Selepas Jualan = RM90.50
Ini kerana server hanya akan menolak RM9.50 sahaja daripada akaun anda.







4 comments:

  1. maafkan kan sy. nak Tanya. keuntungan Basil jualan dibayar melalui nilai topup atau dlm bentuk tunai yg boleh dikrluarkan bila bila masa

    ReplyDelete
  2. Maafkan saya macam mane saye nk daftar . Dulu sye ade acc 68topup nie . Tapi no telefon lame . Sekarang saya pagai no fon baru . Macam mana sye nk daftar yer . Satu lagi saye pakai postpaid . Kene beli sim baru ker prepaid

    ReplyDelete
  3. 1. bank in yuran, sy akan daftarkan.
    2.semua no boleh daftar, postpaid pn blh.

    ReplyDelete